Thursday, December 15, 2011

RAHSIA MENAWAN HATI PASANGAN....

  1. Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusan hati dan tanggungjawab.
  2. Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..
  3. Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal rumahtangga sahaja bosan deh..
  4. Bukalah telinga anda untuk mendengar segala bebelan pasangan anda.Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.
  5. Ketawa dan beringatlah selalu. Dalam rumahtangga pasti ada hilai tawa. Jangan katakan duka tapi harus beringat setiap laluan yang duka itu sebenarnya penawar untuk menemui sebuah kebahagiaan. Biar ketawa dan berigat tapi jangan ketawa lupa atas apa yang telah di harungi bersama-sama. Pasangan yang ketawa dan beringat biasanya mereka-mereka ini akan meniti kehidupan dengan lebih berhati-hati sebab mereka tahu kehidupan yg dahulu banyak mengajar mereka tentang kesukaran, kehidupan di jalani dengan penuh kesabaran.
  6. Jagalah makan ,minum hatta pakaian pasangan anda sebaik yang mungkin. Biarlah air tangan masakan anda menitis di masakan tapi bukan pada air tangan yang lain. Kasih sayang seorang pecinta akan meresap rasa itu pada setiap aura masakan yang dihidangkan. Penyediaan kelengkapan adalah kewibawaan seorang insan ibarat menyediakan diri anda ke medan perang. Besiap dan bertungkus-lumuslah dalam setiap perkara yang baik itu amat-amat di senangi olehNYA. Pahala usah di kira sebab ia sedia menanti untuk di timbang sahaja.

1 comments:

Admin said...

nice info..itulah kunci kebahagiaan

Post a Comment