Monday, March 25, 2013

Untuk Renungan Kita...

Tiga asas pegangan untuk elakkan pertelingkahan di dalam perkahwinan

1. Jangan terlalu suka syak wasangka

Kadangkala, manusia ini suka meneka apa yang bermain di fikiran manusia yang lain. Jika betul, takpelah. Jika salah, ia pasti akan membawa kepada permusuhan. Untuk elakkan pergaduhan berlaku, anda jangan syak pasangan anda bukan – bukan. Lebih baik anda tanya sendiri pada dia. Jangan marah pada sesuatu yang anda tidak pasti. Tenangkan diri dan hanya percaya jika sesuatu perkara itu ada bukti.

2. Fokus pada komitmen

Komitmen boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan anda. Agihkan tugasan rumah tangga dengan pasangan anda. Selepas itu, anda laksanakan semua tugas anda dengan segera. Jika pasangan anda ada masalah dengan tugasan dia, anda bantulah dia. Jika kedua – dua anda memberi komitmen yang sepatutnya, anda berdua akan sentiasa bersama.

3. Saling mencintai antara satu sama lain

Jika cinta, pasti tiada pergaduhan. Anda cintailah pasangan anda dengan sepenuh hati. Hidupkan suasana cinta di dalam rumah tangga anda tanpa ada hari yang suram. Sentiasa berbuat baik dengan pasangan anda. Cintai dia dengan sentiasa menyentuh dia dengan mesra dan penuh kasih sayang. Cintai dia juga dengan sentiasa memberi dorongan dan galakan kepada dia.