Saturday, July 16, 2011

Jangan Marah2....


Bila diamati semula, punca pertelingkahan ini atas sebab yang agak remeh-temeh. Tapi entah bagaimana seperti ditiupkan lagi api kemarahan ini apabila kita saling ego dan tidak mahu mengalah dengan menuding jari tentang siapa salah. Pokok pangkalnya, cuma yang aku mahu adalah "bahagia", gembira sentiasa, merasa aman dan tenteram selalu. Tapi ada waktunya, perasaan insan lemah dan tidak berdaya sepertiku ini akan sentiasa berubah-ubah.Wahai insan yang sangat ku sayang dan ku cinta, maafkanlah jika aku selalu mengguris perasaan dan hatimu.
Setelah agak lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku mendapat kesimpulannya. Dalam hidup berumah tangga, setiap pasangan harus bijak mengendalikannya. Kita harus bijak mengawal emosi marah, biarkan akal menjadi juri. Marah yang tidak terkawal bisa membinasakan diri sendiri dan membawa kepada kehancuran istana cinta yang dibina. Itulah akibatnya jika kita tidak mendahulukan sifat sabar tetapi melebihkan sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah menjauhinya. Kita tidak akan rugi jika menahan rasa marah kerana Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang sabar
Sabda Nabi S.A.W, "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring" (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

0 comments:

Post a Comment