Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.
Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.
* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.[2]
* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
* Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.
* Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.
P/S : Janganlah kita semua cuba untuk berjinak2 dengan menggunakan ilmu sihir ini..Ingat lah didunia kita akan terlepas tapi di Akhirat kita terima balasannya..Hukum mengamalkan ilmu sihir sama seperti kita membunuh mahluk ciptaan Allah... Subhanallah... Nauzubillahhiminzaliq...
Tuesday, January 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment