Saturday, March 31, 2012

Apa asas perkahwinan yang kita idamkan?....

Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...

SubhanaAllah....

Ketahuilah....

1. Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
    Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

2. Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
    Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

3. Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
   perangsang kepadamu,
   Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

4. Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
    Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

5. Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
    Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

6. Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
    Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

7. Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
    Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
    bersuara tatkala sendirian.